2024 XCRS National Chess Challenge

Date & Time

2024-11-21 20:00:00
to
2024-11-21 21:00:00

Share

Tarikh & Masa

21 November 2024 (Khamis)
8:00 PM – 9:00 PM

Syarat Penyertaan

Pelajar sekolah seluruh Malaysia yang berdaftar sebagai ahli Chessaurus sahaja. Daftar sebagai ahli untuk menyertai kejohanan.

Platform

Atas Talian
(Online)

Hadiah

Medal untuk pemenang &
e-Sijil Penyertaan untuk semua peserta

Yuran

PERCUMA
untuk semua ahli Chessaurus

Tarikh Tutup

20 November 2024 (Rabu)
Sebelum 5:00 PM

Log masuk atau Daftar menjadi ahli Chessaurus untuk menyertai kuiz ini

dan pelbagai kejohanan bertaraf kebangsaan yang lain secara PERCUMA!

2024 XCRS National Chess Challenge

Date & Time

2024-11-21 20:00:00
to
2024-11-21 21:00:00

Log masuk atau Daftar menjadi ahli Chessaurus untuk menyertai kuiz ini

dan pelbagai kejohanan bertaraf kebangsaan yang lain secara PERCUMA!

Share

A. PENDAFTARAN PESERTA

  1. Kuiz ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah & menengah yang berdaftar sebagai ahli Chessaurus dan berumur 17 tahun dan ke bawah pada tahun 2024 SAHAJA (lahir tahun 2007 & ke atas). Umur adalah mengikut tahun kelahiran & bukan mengikut bulan kelahiran. Daftar sebagai ahli Chessaurus di SINI (jika belum)
  2. Pendaftaran kuiz boleh dilakukan secara individu atau melalui sekolah masing-masing. Tiada had bilangan penyertaan bagi setiap sekolah.
  3. Peserta hendaklah mengemukakan maklumat diri dengan lengkap & betul. Jika didapati memalsukan maklumat diri, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan tersebut.
  4. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 20 November 2024 (Rabu) sebelum jam 10:00 malam. Sebarang penyertaan selepas tarikh tutup ini tidak akan diterima.
  5. Peserta yang telah membuat pendaftaran dianggap akur dan bersetuju dengan segala peraturan yang telah ditetapkan penganjur.

 

B. PENYERTAAN KUIZ

  1. Link Telegram Keahlian Chessaurus akan dihantar melalui email selepas pendaftaran peserta diterima & disahkan. Sila peka untuk menyemak email anda di inbox/spam/junkbox.
  2. Setiap peserta WAJIB menyertai channel Telegram Keahlian Chessaurus.
  3. Link Set Soalan akan diberikan di Telegram Keahlian Chessaurus 30 minit sebelum kuiz bermula. Namun, link tersebut hanya akan aktif apabila kejohanan bermula pada 21 November 2024, tepat jam 8:00 malam. Link tersebut akan ditutup pada 9:00 malam.
  4. Soalan adalah berbentuk aneka pilihan (A,B,C & D).
  5. Untuk mengelakkan sebarang masalah dan supaya kuiz berjalan lancar, adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta untuk bersiap sedia 15 minit sebelum kuiz bermula.
  6. Peserta yang lewat menyertai kuiz masih lagi boleh menyelesaikan soalan sehingga tempoh menjawab tamat. Sebarang kelewatan adalah menjadi tanggungjawab peserta sendiri.

 

C. FORMAT KUIZ

  1. Kuiz ini akan berlangsung pada 21 November 2024 dan mengambil masa selama satu jam dari jam 8:00 malam hingga 9:00 malam.
  2. Peserta perlu merujuk link Set Soalan yang diberikan di group Telegram Keahlian Chessaurus untuk menjawab soalan. Peserta boleh memilih mana-mana link Set Soalan untuk menjawab soalan.
  3. Kuiz ini mengandungi 40 hingga 50 soalan berbentuk puzzle catur dan pengetahuan umum mengenai catur.
  4. Peserta bebas untuk menghantar jawapan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu sehingga masa tamat.
  5. Pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi dan sekiranya terdapat peserta yang mendapat markah tertinggi yang sama, kepantasan menjawab soalan kuiz akan dikira sebagai pemenang.
  6. Mana-mana peserta yang menghantar jawapan selepas kuiz tamat iaitu jam 9:00 malam tidak layak untuk terpilih menjadi pemenang.

 

D. PERATURAN SEMASA KUIZ

  1. Peserta perlu tahu membaca & menulis notasi pergerakan catur dengan fasih.
  2. Sebarang masalah berkaitan sambungan internet, bekalan elektrik terputus, kegagalan gajet untuk berfungsi dan sebarang kecuaian peserta adalah tanggungjawab peserta.
  3. Anda dibenarkan untuk merujuk kepada bahan-bahan rujukan untuk menyelesaikan kuiz ini. 
  4. Bagi memudahkan lebih ramai peserta untuk menyertai kuiz, kuiz ini tidak memerlukan pemasangan kamera atau webcam. Peserta diingatkan supaya menjawab semua soalan dengan jujur dan mengekalkan integriti dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kuiz berlangsung.
  5. Kuiz ini bertujuan untuk mencungkil bakat baharu dan memupuk minat pelajar terhadap sukan catur dalam usaha membudayakan sukan catur dalam kalangan pelajar sekolah. 

 

E. KEPUTUSAN PENGANJUR

  1. Sebarang pindaan seperti format kuiz, tempoh masa kuiz atau apa-apa pindaan adalah tertakluk kepada keputusan penganjur. Sebarang perubahan akan dimaklumkan awal oleh pihak penganjur.
  2. Mana-mana peserta yang gagal mematuhi apa-apa syarat dan peraturan yang telah dinyatakan akan berpotensi untuk disingkirkan daripada kuiz ini.
  3. Keputusan penganjur adalah muktamad.

 

F. PEMBAHAGIAN HADIAH

  1. Setiap peserta akan menerima e-Sijil Penyertaan. Link untuk memuat turun (download) e-Sijil Penyertaan akan diberikan di Telegram Keahlian Chessaurus dalam tempoh 3-4 minggu selepas Laporan Kejohanan disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Senarai nama pemenang yang rasmi akan diumumkan di Facebook dan Instagram X Chess Academy pada 24 November 2024.
  3. Setiap pemenang hanya layak untuk memenangi 1 hadiah yang tertinggi sahaja.
  4. Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah bagi pemenang yang didapati melanggar mana-mana peraturan kuiz.
  5. Medal pemenang akan dipos ke alamat masing-masing selewat-lewatnya pada 27 November 2024.

 

Untuk Bantuan & Pertanyaan,
WhatsApp 011-57858461 (Pn. Maya)

Chessaurus.com (powered by X Chess Academy) is a chess event listing website. Discover chess tournaments, online events and workshops tailored to your skill level and passion. Join our community and plan your next chess event.
Copyright © 2024 | By Xchess Ventures (KT0435325-W)

Mencari kejohanan online sasaran
PAJSK Kebangsaan?

Daftar sebagai ahli Chessaurus & sertai kejohanan secara PERCUMA!
*dan banyak lagi faedah menanti anda!